Perikanan
Ikan merupakan sumber makanan kepada masyarakat Melayu tradisional. Kegiatan perikanan merupakan pekerjaan utama bagi masyarakat Melayu yang tinggal di tepi laut dan sungai. Hasil tangkapan akan dijadikan keperluan diri sendiri dan lebihan hasil akan dijual. Kegiatan perikanan dapat dilihat khasnya di negeri Terengganu dan Pahang. Mereka menjalankan aktiviti mereka di antara bulan Mac hingga bulan Oktober dan dihentikan antara bulan November hingga Februari kerana masa itu merupakan musim tengkujuh. Pada musim tengkujuh, nelayan-nelayan di negeri ikan akan menangkap ikan di kolam, sungai dan sawah padi. Selain itu, mereka juga cuba memperbaiki alat-alat penangkapan mereka pada masa ini. Di laut, nelayan menggunakan pukat, jala, jaring, bubu, kelong dan rawai untuk menangkap ikan. Di sungai pula, pancing, jala, tangguk, kai, lukah, tomak dan serampang digunakan untuk menangkap ikan. Pada masa kini kegiatan perikanan hanya dijalankan oleh golongan yang tinggal di pinggir laut dan golongan yang kurang berpendidikan. Selain itu, masyarakat Malaysia pada masa kini juga kurang berminat untuk berkecimpung dalam kegiatan perikanan kerana kerjanya yang amat sukar dan pandapatan yang rendah. Pihak kerajaan juga menggalakan supaya golongan muda berkecimpung dalam kegiatan ini. Untuk menarik minat, pihak kerajaan telah berusaha dalam pelbagaai cara antaranya ialah menubuhkan persatuan-persatuan nelayan dan banyak lagi.Perikanan juga terbahagi kpd 2 iaitu perikanan air masin dan air tawar. contoh ikan air masin ialah kerapu kerabong,tenggiri manakala contoh ikan air tawar ialah talapiah,keli,haruan,patin
Lokasi utama kegiatan ini:
- Kuala Muda, Kedah
- Pulau Pangkor, Perak
- Batu Maung, Pulau Pinang
- Kuala Selangor, Selangor
- Kukup, Johor
- Kemaman, Terengganu
terdapat juga ikan yang dipelihara di dalam sangkar untuk memenuhi keperluan penduduk.
Antara produk ikan adalah:-
- keropok ikan/lekor
- budu/cencalok
- belacan
- sate ikan/sotong